My Add

Saturday 2 February 2013

Enam kawasan kemalangan maut dikenal pasti di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, SABTU, 02 Februaei, 2013: Polis Pulau Pinang mengenal pasti enam kawasan yang kerap berlaku kemalangan maut yang perlu diberi lebih perhatian pemandu terutama di musim perayaan.

Kawasan berkenaan ialah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Lebuhraya Barat Daya, Jalan Sungai Bakap, Jalan Baru-Perai, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jalan Bumbung Lima.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, bagi mengelak kemalangan ketika sambutan Tahun Baru Cina nanti, pihaknya akan menempatkan 300 pegawai dan anggota polis untuk bertugas sepanjang Ops Selamat berlangsung.

"Anggota akan ditempatkan di kawasan panas sama ada di khemah, kereta atau motosikal bagi mengingatkan para pengguna jalan raya. Kehadiran kami adalah untuk membantu," katanya selepas pelancaran Ops Selamat II sempena perayaan Tahun Baru Cina, di Tol Juru di sini, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang operasi yang bermula hari ini hingga 17 Februari depan, pihaknya akan turut dibantu pasukan bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Abdul Rahim menasihati orang ramai yang mahu meninggalkan rumah sempena sambutan perayaan supaya memaklum ketiadaan mereka melalui borang yang disediakan di balai polis atau dengan memuat turun di laman web polis.

Katanya, kira-kira 5,000 anggota polis yang tidak terbabit dalam Ops Selamat akan bertugas menjaga ketenteraman awam dan mencegah jenayah termasuk membuat rondaan di kawasan perumahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment