My Add

Sunday 17 February 2013

Gambar pertama Chaves selepas dibedah

CARACAS, AHAD, 17 Februari, 2013: Penyokong Presiden Venezuela, Hugo Chavez, melahirkan rasa gembira setelah menatap gambar pertama pemimpin itu yang disiarkan selepas menjalani pembedahan kanser dua bulan lalu.

Pihak berkuasa Venezuela, kelmarin, mula menyiarkan empat keping gambar Chavez yang menunjukkan pemimpin itu sedang terbaring di atas katil hospital sambil tersenyum memandang anak perempuannya yang berada di sebelah beliau.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan bersama gambar tersebut menyatakan, pemimpin sosialis berusia 58 tahun itu terpaksa bernafas melalui tiub trakea dan sukar untuk bertutur seperti biasa. - REUTERS

No comments:

Post a Comment