My Add

Wednesday 6 February 2013

Gempa kuat di Solomon, amaran tsunami dikeluarkan

WASHINGTON, RABU, 06 Februari, 2013:Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 8.0 pada skala Richter telah berlaku di Kepulauan Solomon di Lautan Pasifik dan amaran tsunami dikeluarkan bagi pulau-pulau di Pasifik Selatan.

Kajian Geologikal AS berkata, gempa bumi itu berlaku pukul 9.12 pagi (waktu Malaysia) berhampiran Pulau Santa Cruz iaitu sebahagian negara Kepulauan Solomon pada kedalaman 5.8 kilometer.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik telah mengeluarakn amaran bahawa gempa bumi kuat itu menyebabkan terbentuknya tsunami berhampiran pusat gempa. - AFP

No comments:

Post a Comment