My Add

Friday 15 February 2013

Haidar antara dilantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju melantik bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman berkuat kuasa 10 Februari lalu.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini, turut dilantik Datuk Selventhiranathan a/l Thiagarajah dan Datuk Tee Ah Sing @ Tee Boon Hooi, kedua-duanya bekas Hakim Mahkamah Rayuan sebagai anggota suruhanjaya itu.

Pelantikan bagi tempoh sehingga 9 Feb 2015 itu dibuat mengikut sub seksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695).

Pelantikan mereka menggantikan anggota suruhanjaya iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas Peguam Negara, Tan Sri Ainum Mohamed Saaid, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong dan bekas Hakim Tribunal Jenayah Antarabangsa, Tan Sri Dr L.C Vohrah, yang telah tamat perkhidmatan mereka pada 9 Februari lalu.

"Kerajaan merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh mereka selama dua penggal dari 10 Februari 2009 hingga 9 Februari 2011 dan dari 10 Februari 2011 hingga 9 Februari lalu," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment