My Add

Wednesday 20 February 2013

Ikrar Integriti Pilihan raya komitmen banteras rasuah PRU-13 ditandatangani

 *NAJIB Tun Razak menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama Trasparency International Malaysia sebagai pengisyitiharan umum dan menunjukkan komitmen untuk membanteras rasuah pada Pilihan Raya Umum (PRU-13). - Foto Aizuddin Saad

PUTRAJAYA, RABU, 20 Februari, 2013: Datuk Seri Najib Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama Trasparency International Malaysia sebagai pengisyitiharan umum dan menunjukkan komitmen untuk membanteras rasuah pada Pilihan Raya Umum (PRU-13).

Ikrar kemudian diserahkan kepada Presiden Transperancy International (TI) Malaysia, Datuk Paul Low.

Ikrar Integriti adalah komitmen individu dan setakat ini 20 individu sudah menandatanginya melalui Transparency International Malaysia.

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangi ikrar utu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan beberapa pemimpin parti komponen Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Majlis itu juga adalah simbolik dan semua calon BN yang akan bertanding perlu menandatangani ikrar berkenaan. - BH

No comments:

Post a Comment