My Add

Thursday 7 February 2013

Jual 20% kepentingan FGV wajar

SEREMBAN, RABU, 06 Februari, 2013: Keputusan Felda Global Ventures (FGV) untuk menjual 20 peratus kepentingannya dalam Tradewinds (M) Bhd. pada harga RM9.30 sesaham atau RM550 juta minggu lalu, dianggap sebagai keputusan yang wajar.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, keputusan itu tidak dibuat secara tergesa-gesa atau memberi manfaat kepada individu tertentu atau syarikat.

“Kami memutuskan untuk melupuskan saham itu kerana merasakan harga yang ditawarkan adalah adil tetapi pengkritik hanya melakukan apa yang mereka bagus iaitu mengkritik.

“Felda menjadi sasaran kritikan kerana mempunyai pengundi iaitu peneroka. Kalau tak ada pengundi tiada siapa yang peduli," katanya kepada para pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Anak Felda ke Akademi Bolasepak Cardiff City, Wales di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Semalam, portal berita pro pembangkang, KiniBiz yang memetik penganalisis sebagai berkata, saham FGV sepatutnya dapat dijual pada harga yang lebih tinggi iaitu sekurang-kurangnya 30 sen lebih rendah daripada penilaian bebas.

Analisis itu mencadangkan bahawa nilai harga saksama adalah antara RM9.60 dan RM11.10 seunit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment