My Add

Saturday 16 February 2013

Kadar pertumbuhan negara diyakini lebih 5 peratus - Nor Yakcop
TASEK GELUGOR, SABTU, 16 Februari, 2013: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin kadar pertumbuhan ekonomi negara pada 2012 akan melebihi lima peratus berdasarkan prestasi pengurusan ekonomi yang cekap.

Beliau berkata, berbeza dengan negara-negara lain, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sentiasa menunjukkan peningkatan dan hasrat untuk menjadi sebuah negara maju dengan pendapatan tinggi semakin hampir.

"Pengumuman mengenai kadar pertumbuhan ekonomi negara akan dibuat dalam beberapa hari lagi. Saya yakin ia akan lebih lima peratus, keyakinan ini adalah berdasarkan kepada pengurusan kerajaan yang cekap dalam mentadbirkan ekonomi.

"Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sentiasa meningkat dalam tempoh yang panjang kerana kita telah tetapkan sasaran dalam wawasan 2020, pencapaian yang baik ini adalah untuk masa depan generasi muda akan datang yang lebih harmoni dan sejahtera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sumbangan Veteran Tentera Tidak Berpencen (SVTB) 1Malaysia kepada 1,174 orang penerima di Dewan Besar Sungai Dua di sini hari ini.

Selain itu, Nor Mohamed berkata, pemberian sumbangan sebanyak RM1,000 itu merupakan tanda penghargaan kerajaan terhadap perjuangan veteran tentera yang telah berkorban masa dan tenaga untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment