My Add

Monday 4 February 2013

Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura muktamad

BACHOK, ISNIN, 04 Februari, 2013: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu mengenai kalimah Allah adalah muktamad dan menganggap isu tersebut sudah selesai.

Penegasan Nik Abdul Aziz yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama itu sekali gus memberi jawapan kepada desakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini lantang mengesa majlis berkenaan mengkaji semula keputusannya.

Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu sudah lama selesai apabila Majlis Syura Ulama Pas sudah memutuskannya dan ia tidak perlu dipanjangkan lagi.

"Tidak mahu sambung lagi isu ini, ia cerita lama buat apa hendak mengungkit-ungkit lagi sudah putus, putuslah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jambatan baharu Pengkalan Cina bernilai RM3.4 juta di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment