My Add

Thursday 7 February 2013

Kedah punca BDB hutang RM330 juta

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR, RABU, 06 Februari, 2013: Kerajaan Pas Kedah dipersoalkan kerana menyebabkan Syarikat Bina Darulaman (BDB) Berhad menanggung hutang sebanyak RM330 juta bagi membiayai projek kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, langkah itu tidak wajar kerana dikhuatiri mengakibatkan BDB tidak mampu membayar hutang tersebut iaitu sebanyak RM49.28 juta setahun sedangkan keuntungan tahunan syarikat itu hanya RM20.64 juta.

"Jadi persoalannya, bagaimana kerajaan negeri mahu membantu BDB untuk membayar hutang dan kenapa BDB perlu tanggung pinjaman bank RM330 juta bagi projek Kerajaan Pas Kedah," katanya kepada pemberita di Pejabat Gerakan Kedah di sini hari ini.

Keng Liang berkata, BDB juga tidak wajar terlibat dalam pinjaman daripada Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad kerana sejumlah 45 peratus saham BDB dimiliki orang awam manakala selebihnya dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment