My Add

Tuesday 12 February 2013

Kekalkan kekitaan, perpaduan dan kesepakatan: Musa Aman

TAWAU, SELASA, 12 Februari, 2013: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta rakyat Sabah supaya terus mempertahankan rasa kekitaan, perpaduan dan kesepakatan yang menjadi amalan rakyat negeri itu selama ini demi keharmonian berterusan.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata semangat yang menjadi budaya itulah yang membolehkan rakyat berbilang kaum di negeri ini dan negara amnya memeriahkan pelbagai perayaan secara bersama setiap tahun.

"Kita mahu hidup dalam negara kita Malaysia dan Sabah khasnya dengan aman dan damai. Kita menolak sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan, kekacauan dan rusuhan kerana kita sedar ini tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada kita semua," katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti GERAKAN Bahagian Tawau di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden GERAKAN, Tan Liew Yun Fah; Timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay dan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berusaha bersungguh-sungguh memperkenal dan melaksanakan pelbagai dasar dan program yang semuanya menjurus kepada matlamat menyatupadukan rakyat.

Selain itu, beliau berkata, pemberian pelbagai bantuan terus kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan BR1M 2.0, bantuan awal persekolahan, penghapusan yuran persekolahan dan pelbagai lagi adalah bukti keprihatinan kerajaan untuk meringankan beban hidup rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment