My Add

Thursday 7 February 2013

Kerjasama pakatan pembangkang rapuh

*MUKHRIZ Mahathir bersama mahasiswa selepas merasmikan Persatuan Keusahawanan Pelajar UniKL di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR.RABU, 06 Februari, 2013: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganjurkan majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi di Taman Sago, Kulim, Kedah baru-baru ini, membuktikan dasar dan kerjasama antara parti pembangkang di negeri itu sangat rapuh.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, majlis anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim daripada PKR, Lim Soo Nee itu jelas menggambarkan pendirian berbeza antara PKR dengan garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri Pas Kedah.

Malah katanya, beliau turut dimaklumkan terdapat dalam kalangan pemimpin DAP sendiri tidak senang dengan tarian seksi dalam majlis itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment