My Add

Thursday 21 February 2013

Kesilapan kaedah kerja punca runtuh bumbung

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Kesilapan kaedah kerja oleh pihak kontraktor antara punca kerangka bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini yang sedang dalam proses baik pulih runtuh pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib berkata, cadangan kaedah kerja dikemukakan oleh pihak kontraktor untuk membuka kerangka bumbung itu tidak tepat.

"Kita telah membuat kajian integriti sebelum kerja-kerja membaik pulih bumbung itu dilakukan namun pihak kontraktor gagal mengemukan cadangan kerja yang tepat," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.

Menurutnya, kerugian akibat runtuhan bumbung berkenaan akan ditanggung sepenuhnya pihak kontraktor dan sehubungan itu tidak timbul soal kejadian itu akan melibatkan kenaikan kos bagi projek baik pulih itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment