My Add

Monday 25 February 2013

Lagi kes pembantu rumah Indonesia dera anak majikan

*SEORANG amah warga Indonesia (bertudung) dikenakan tahanan reman empat hari bagi siasatan didakwa mendera anak majikannya di Kota Bahru, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU, AHAD, 24 Februari, 2013: Belum pun reda kes seorang amah dihukum penjara 20 tahun kerana mendera anak majikannya dengan melambung dan menghempas bayi berusia empat bulan di Kuantan, minggu lalu, satu lagi kejadian serupa berlaku di sini.

Kali ini melibatkan seorang bayi berusia 15 bulan didera seorang amah warga Indonesia di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini, semalam.

Tindakan pembantu rumah berusia 41 tahun itu terbongkar setelah ibu bapa bayi perempuan tersebut meletakkan kamera video digital di bilik wanita berkenaan selepas mengesyaki sesuatu berlaku pada anaknya yang sering dilihat lebam-lebam pada badan sejak lima bulan lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment