My Add

Wednesday 20 February 2013

Lebih 90 peratus undang-undang ikut syariah

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Februari, 2013: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad percaya sekiranya Malaysia melaksanakan undang- undang Islam sepenuhnya, lebih daripada 90 peratus undang- undang sedia ada tidak akan berubah.

Beliau berkata, hal tersebut berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap usaha-usaha pengukuhan nilai-nilai keislaman.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat Melayu di negara ini supaya berhenti daripada asyik berbahas untuk menentukan Malaysia adalah sebuah negara Islam atau sekular.

Malah, katanya, persoalan sama ada Malaysia sebuah negara Islam atau sekular sebenarnya tidak perlu diperbincangkan kerana dalam Perkara 3(1) Perlembagaan jelas memperuntukkan Islam adalah agama Persekutuan.

Keadaan itu membolehkan masyarakat Islam di negara ini melakukan pelbagai aktiviti keislaman menggunakan dana awam termasuk membina institusi pengajian tinggi, masjid, sekolah agama, menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, menganjurkan tilawah al-Quran dan sebagainya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment