My Add

Thursday 14 February 2013

Majlis Keselamatan digesa ambil tindakan ke atas Syria, kecam Korea Utara

WASHINGTON, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menggesa Majlis Keselamatan hari ini untuk mengambil tindakan serius ke atas Syria dan mengecam tindakan Korea Utara yang melancarkan ujian nuklear.

"Tiba masanya untuk Majlis Keselamatan mengatasi kebuntuan dan mencari kesepakatan yang akan memberi tindakan penuh makna di Syria," kata Ban dalam satu ucapan di Pertubuhan Amerika Syarikat di Washington.

Walaupun 15 anggota Majlis masih buntu dengan masalah di Syria, PBB menganggarkan kira-kira 70,000 orang terbunuh adalah mangsa politik polarisasi, kematian dan pencabulan hak asasi manusia, katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment