My Add

Tuesday 26 February 2013

Manifesto pembangkang: Resipi tak masuk akal, harus ditolak rakyat

KOTA MARUDU, SELASA, 26 Februari, 2013: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menyifatkan tidak ada yang istimewa dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang selain tidak masuk akal, justeru harus ditolak rakyat.

Beliau berkata, kebanyakan yang ditawarkan itu sudah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Manifesto pakatan tidak kreatif selain tidak bertanggungjawab. Contohnya menghantar pulang sejuta pekerja asing akan melumpuhkan sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan industri perkhidmatan serta separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara sekarang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diminta mengulas mengenai manifesto pilihan raya umum ke-13 pakatan pembangkang yang diumum di Shah Alam, Selangor, semalam.

Mengulas lanjut, Ongkili berkata, pemansuhan pinjaman pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menafikan hak sebahagian pelajar dari Sabah dan Sarawak yang kini menuntut di universiti awam dan swasta.

"Mereka tidak mampu belajar di universiti dan kolej tanpa PTPTN," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment