My Add

Friday 15 February 2013

MB, KM wajar buat pertimbangan

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

 *ABDUL Aziz Mohd. Yusof beramah mesra dengan peserta sewaktu hadir merasmikan majlis taklimat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan ketua pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 14 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri membuat pertimbangan sewajarnya sebelum bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pertimbangan itu harus diutamakan memandangkan pilihan raya berasingan boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada rakyat selain meningkatkan kos kewangan kerajaan untuk tujuan tersebut.

“Saya tidak suka pilihan raya berasingan. Malah, dalam sejarah pilihan raya kecil, saya buat serentak di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 2009 kerana jika buat berasingan, belanjanya besar," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment