My Add

Wednesday 13 February 2013

Pelajar warga Nigeria edar dadah digantung

SHAH ALAM, RABU, 13 Feb Seorang pelajar kolej warga Nigeria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 8,070 gram methamphetamine, dua tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman ke atas Ifeanyi Okafor, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Hakim itu dalam keputusannya berkata, pembelaan tertuduh tidak diterima kerana tidak masuk akal.

Tertuduh mendakwa dia diminta oleh rakannya di sebuah gereja di Nigeria untuk membawa enam jenis buku termasuk kamus kepada adik rakannya itu yang belajar di Malaysia.

Dalam pembelaannya, tertuduh turut menyatakan, dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang disorok di dalam buku yang ditebuk itu.

Menurut Hakim Noor Azian, tertuduh sebenarnya mempunyai masa untuk memeriksa kandungan buku tersebut.

Selain itu, keterangan tertuduh mengenai dia diminta berhubung dengan individu lain dan bukannya adik rakannya disifatkan tidak munasabah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 11.53 malam, 20 Julai 2011.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment