My Add

Tuesday 19 February 2013

Perkuat jentera parti, lupakan dahulu soal calon

ALOR SETAR, SELASA, 19 Februari, 2013: Semua ahli UMNO di negeri ini diminta tidak terlalu sibuk berspekulasi soal calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti sebaliknya terus bekerja kuat memperkukuhkan jentera parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, keputusan akhir mengenai calon hanya diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan setiap ahli perlu menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

"Nama-nama calon kita dah serah dan biar Perdana Menteri yang buat keputusan kerana beliau lebih tahu serta mempunyai maklumat daripada pelbagai pihak mengenai calon yang terbaik untuk parti.

"Kita tak perlu jaja nama siapa yang layak untuk bertanding atau kata orang ini layak jadi calon di satu-satu kawasan sebab perkara ini boleh mengeruhkan keadaan.

"Apa yang penting sekarang kita terus buat kerja kuatkan jentera parti untuk pastikan kemenangan berpihak kepada BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis tangan dihulur kasih diberi di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Teluk Cengai di sini hari ini.

Menurut Ahmad Bashah, soal calon merupakan satu perkara yang sensitif dan perkara itu tidak harus dibincangkan secara terbuka pada masa ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment