My Add

Monday 4 February 2013

Permohonan Selangor, Syabas batal saman ditolak

SHAH ALAM, ISNIN, 04 Februari, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membatalkan saman tuntutan air percuma oleh pengguna air meter pukal seperti yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Hakim Datuk Hashim Hamzah memutuskan demikian setelah mendengar hujahan peguam, Edmund Bon yang mewakili kerajaan negeri dan Abdul Khalid, manakala Syabas diwakili oleh Mark Law.

Pengguna air pula diwakili oleh peguam, Walter Parrera, T.Gettha dan Azyan Alia Yusof daripada Kamarudin & Partner. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment