My Add

Sunday 3 February 2013

PM Britain berdepan tentangan

 *RANG undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis turut mendapat tentangan daripada penduduk Perancis. Gambar bertarikh 13 Januari 2013 ini menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di Paris bagi membantah rang undang-undang tersebut. - REUTERS

LONDON, SABTU, 2 Februari, 2013: Perdana Menteri Britain, David Cameron berdepan dengan tentangan daripada dalam parti pimpinannya, Parti Konservatif berhubung rancangannya memperkenalkan perkahwinan homoseksual, lapor akhbar hari ini.

Bukan sahaja dalam kalangan ahli Parlimen kerajaan daripada parti berhaluan kanan-tengah yang dilihat akan menentang rang undang-undang itu, tetapi juga membabitkan tentangan akar umbi.

Menurut laporan, antara 130 hingga 200 daripada 303 ahli Parlimen Konservatif tidak akan menyokong rang undang-undang itu apabila didebatkan di Dewan Rendah untuk pertama kalinya, Selasa ini.

Menurut akhbar The Times, ahli Parlimen Konservatif memberitahu mereka bahawa ahli-ahli aktivis telah meletak jawatan atau menolak untuk memperbaharui keanggotaan dalam jumlah yang besar sebagai membantah rancangan kerajaan itu.

Satu tinjauan di ComRes yang melibatkan 2,000 responden yang menyokong Parti Konservatif dalam pilihan raya umum 2010 mendapati, 20 peratus daripada mereka bersetuju akan mempertimbangkan untuk mengundi parti itu semula dalam pilihan raya akan datang, tetapi tidak akan berbuat demikian jika parti gabungan itu meluluskan rang undang-undang perkahwinan sesama jenis.

Tinjauan di akhbar The Daily Telegraph pula mendapati 25 peratus pengundi Konservatif masih tidak pasti sama ada akan mengundi parti pemerintah itu jika undang-undang itu dikuatkuasakan.

"Ini adalah panggilan kesedaran tentang bagaimana isu perkahwinan gay ini merosakkan Parti Konservatif," kata bekas Menteri Kanak-Kanak, Tim Loughton.

Menurut beliau, akar umbi memberitahu kepemimpinan parti bahawa mereka tidak akan mengundi Konservatif dalam pilihan raya 2015.

Sementara itu, ahli Parlimen daripada parti gabungan kerajaan, David Burrowes berkata, penyokong Konservatif tidak menjangka kerajaan akan memecah belahkan parti, negara, gereja dan perkahwinan.

"Jika perkara ini berlaku, kami tidak akan mudah melupakannya," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment