My Add

Thursday 21 February 2013

Polis Thailand tahan lelaki Malaysia miliki wang palsu

BANGKOK, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Seorang lelaki warga Malaysia berusia 30 tahun ditahan kerana menggunakan mata wang palsu Thailand untuk membeli kad telefon di Betong, Yala, kelmarin.

Ketua Polis Betong, Kol. Suwat Wongpaiboon hari ini berkata, suspek ditahan di sebuah hotel selepas seorang peniaga mengadu kepada polis bahawa lelaki itu menggunakan sekeping not palsu bernilai 1,000 Baht (RM103) untuk membayar kad telefon bernilai 450 Baht (RM46).

Katanya hasil siasatan, polis turut menemui 13 keping not 1,000 Baht (RM103) palsu, sekeping not palsu RM50 serta beberapa pil ekstasi dalam simpanan lelaki itu yang berasal dari Kampar, Perak.

Menurutnya suspek dipercayai memasuki negara itu secara haram. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment