My Add

Friday 22 February 2013

Rasuah: 4 pegawai imigresen dipenjara 6 tahun, denda

SHAH ALAM, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Empat pegawai Imigresen dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda berjumlah RM239,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memperoleh rasuah sebagai upah bagi memudahkan kemasukan penumpang warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat, tiga tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Azmir Mahadi, 30, Ahmad Zahed Abd Alim, 30, Mohd. Hafiz Zakaria, 29, dan Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 28, yang bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini.

Mat Ghani bagaimanapun membenarkan permohonan kesemua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai tetapi menaikkan jumlah jaminan kepada RM10,000 bagi setiap tertuduh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment