My Add

Sunday 3 February 2013

Remaja hindar rai Hari Kekasih

 *OTHMAN Mustafa (duduk, tengah) bersama Che Mat Che Ali (duduk, dua kiri) dan sebahagian daripada sukarelawan Sosial Islam bagi kempen Hindari Menyambut Hari Kekasih di Masjid Al-Syakirin, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Februari, 2013: Sebanyak 300 sukarelawan dipilih untuk berdakwah kepada masyarakat, khususnya remaja dan belia dalam menghayati nilai-nilai murni ke arah membina budaya sihat, sekali gus menjauhi maksiat.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, jika sebelum ini, sukarelawan hanya mengikuti ceramah tetapi kali ini menerusi program 'temu seru' sempena Kempen Jerat Hari Kekasih, mereka akan turun padang menemui masyarakat dan menjalankan aktiviti kesedaran.

Menurutnya, program ini diadakan bukan untuk melarang masyarakat berkasih sayang, sebaliknya ingin menyebarkan bahawa masyarakat Islam diharamkan menyambut Hari Kekasih. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment