My Add

Sunday 3 February 2013

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di luar Dataran Merdeka mulai tahun ini

KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Februari, 2013: Mulai tahun ini, majlis pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan akan diperluas ke kawasan lain di bandar raya ini, bukan lagi di tengah-tengah ibu kota iaitu Dataran Merdeka.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik
Raja Zainal Abidin, berkata ia bagi memberi peluang penduduk setempat merasai kemeriahan sambutan di kawasan mereka yang secara tidak langsung mewujudkan rasa kekitaan dan sayang kepada Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan.

"Tahun ini ia dimulakan dengan Bandar Tun Razak, dan tahun mendatang akan
dianjurkan di kawasan tuan-tuan dan puan-puan pula," katanya ketika berucap pada pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di depan lebih 20,000 peserta dan masyarakat setempat yang berada di kawasan stadium itu sejak awal pagi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Raja Nong Chik menyampaikan ucapan
pernghargaan kepada perdana menteri kerana memperuntukkan tambahan RM5 juta kepada dana Skim Keselamatan 1Wilayah Persekutuan bagi membolehkan usaha mengurangkan jenayah dilaksana dengan lebih berkesan.

Dana itu akan diguna sebaik mungkin dalam usaha memastikan keselamatan wargakota lebih terjamin dan memberi keselesaan kepada mereka, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment