My Add

Thursday 7 February 2013

Sarawak catat kes tertinggi HFMD

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Februari, 2013: Sarawak mencatatkan bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) tertinggi di negara ini dan merupakan satu-satunya negeri yang melebihi paras amaran setakat ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, sehingga 2 Februari lalu, sebanyak 1,624 kes terkumpul HFMD dilaporkan di seluruh negara dengan Sarawak menjadi penyumbang kes terbesar iaitu sebanyak 989 kes.

Ujarnya, Selangor pula mencatatkan bilangan kes kedua tertinggi diikuti Johor masing-masing sebanyak 244 dan 69 kes sementara negeri-negeri lain kurang daripada 60 kes.

“Kes yang dilaporkan adalah ringan dan tiada kes serius melibatkan komplikasi serta kematian dicatatkan sepanjang tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment