My Add

Sunday 24 February 2013

Sasar tambah 5 peratus bukan bumiputera dalam ATM

*ISMAIL Ahmad (kanan) melihat pameran yang disediakan pada Hari Terbuka Kementerian Pertahanan di e@Curve Damansara, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA, SABTU, 23 Februari, 2013: Kementerian Pertahanan menyasarkan peningkatan sebanyak lima peratus penglibatan kaum bukan bumiputera dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berbakti mempertahankan kedaulatan negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad berkata, semua kaum selagi bernama warganegara Malaysia berhak memasuki mana-mana pasukan ATM pilihan mereka.

"Jika sejarah di dalam ATM diimbas, kita dapati sudah ramai bukan Melayu mencatatkan kejayaan cemerlang dalam pasukan itu, malahan ada antara mereka terkorban ketika berbakti kepada negara.

"Tumpuan perlu diberikan bagi meningkatkan jumlah kaum bukan bumiputera kerana ATM amat mengalu-alukan kehadiran mereka," katanya selepas lawatan rasmi ke tapak pameran Hari Terbuka Kementerian Pertahanan di e@Curve, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment