My Add

Thursday 7 February 2013

Saya akur - Nasharudin

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Februari, 2013: Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) akur dengan pemecatannya sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas selepas beliau menerima surat tersebut hari ini.

Nasharudin berkata, berdasarkan surat berkenaan alasan atau sebab beliau dipecat kerana tindakannya yang bertentangan dengan peraturan parti.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini, beliau turut menjelaskan, surat itu bagaimanapun tidak menyebut ketidakhadirannya ke mesyuarat Majlis Syura Ulama sebagai alasan pemecatan.

"Tarikh surat ini dikeluarkan ialah pada 14 Januari lalu dan ditandatangani Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

"Berdasarkan sampul surat ini, tarikh posnya adalah pada 30 Januari lalu melalui Pos Ekspres, namun saya hanya menerimanya hari ini iaitu satu tempoh yang agak lama," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment