Oleh HUSSAINI AMRAN
Harun Taib, Karpal Singh |
Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Karpal tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman parti lain.
Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas turut mempertikaikan kelayakan Karpal untuk memberikan pandangan dalam isu tersebut.
Kita tidak peduli pandangan Karpal. Siapa dia hendak beri pandangan? Dia pun daripada parti lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harun mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment