
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati lelaki itu yang merupakan seorang duda dari Bachok, bersalah merogol seorang pelajar di sebuah bilik asrama, tiga tahun lalu.
Beliau turut memerintahkan hukuman itu dijalankan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara 28 tahun dan sebatan 17 kali atas beberapa kesalahan merogol, merompak, pecah rumah dan menikam paha gadis yang gagal dirogolnya yang dihadapinya sebelum ini.
Ini menjadikan keseluruhan hukuman penjara terhadap Amran, 30, berjumlah 48 tahun dan sebatan sebanyak 27 kali. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment