My Add

Saturday 2 February 2013

Tambang haji kekal RM9,980: Jamil Khir

KUANTAN, SABTU, 02 Februari, 2013: Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM9,980 seorang bagi jemaah kali pertama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji bersetuju untuk mengekalkan
kadar tambang sedia sebagai satu keistimewaan kepada jemaah, sekali pun kos seperti penginapan dan pengangkutan meningkat berbanding tahun lalu.

"Setiap tahun ada peningkatan kos menunaikan haji dalam bentuk tambang
penerbangan, penginapan, makan dan sebagainya. Tahun lalu kos seorang jemaah adalah RM15,150 dan tahun ini ia meningkat kepada RM15,555 seorang,

"Tetapi di atas sifat kemurahan Tabung Haji melalui kerajaan, kita
memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah," 

Katanya selepas merasmikan muzakarah haji peringkat kebangsaan kali ke-29 anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di sini, hari ini. 

Beliau juga berkata, TH dijangka mengumumkan bonus dan dividen yang bakal diperoleh pendeposit haji Khamis ini.

"Pada masa kini terdapat dana berjumlah RM35 bilion di TH dan saya akan
umumkan bonus dan dividen pendeposit Khamis depan," katanya.

Jamil Khir turut menasihati bakal haji supaya mengikuti kursus haji di bawah bimbingan 360 pembimbing di seluruh negara.

Mengulas muzakarah tersebut yang berlangsung dari 1 hingga 4 Februari ini, beliau berkata, ia bagi membincangkan kaedah terbaik untuk meningkatkan keberkesanan bimbingan ibadah haji.

"Melalui majlis ini, pelbagai isu mengenai ibadah haji diketengah dan
dibahaskan bagi mencari penyelesaian terbaik serta bernas dari aspek teori dan
aplikasinya," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment