My Add

Tuesday 5 February 2013

Turun poster Perdana Menteri biadab

*SEORANG lelaki menurunkan poster yang tertera gambar Perdana Menteri sempena ucapan Selamat Tahun Baharu Cina yang dipasang sekitar Pulau Pinang, semalam. - IHSAN RAKAN MEDIA

NIBONG TEBAL, ISNIN, 04 Februari, 2013: Tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan kain rentang dan poster ucapan Selamat Tahun Baharu Cina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai biadab.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, beliau kesal dengan perbuatan tersebut kerana kain rentang dan poster itu digantung dengan tujuan baik.

Menurutnya, sebagai Perdana Menteri yang diberi mandat oleh rakyat, Najib berhak mengucapkan dan berkongsi kegembiraan sempena perayaan tersebut.

"Kalau kain rentang dan poster Perdana Menteri dengan wajahnya mahu menyatakan sesuatu yang gembira kepada rakyat pun dibuang, itu menunjukkan sikap sungguh biadab oleh sebuah agensi di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang," katanya.

Beliau ditemui pemberita di majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi, di sini hari ini.

Zainal Abidin mengulas tindakan penguat kuasa MPSP menurunkan kain rentang dan poster ucapan Selamat Tahun Baharu Cina oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Beliau menambah, jika kerajaan negeri mempunyai sifat bertanggungjawab, perkara itu perlu disiasat.

"Kakitangan MPSP atau mana- mana pihak terbabit yang sewenang- wenangnya menurunkan kain rentang dan poster itu perlu dikenakan tindakan," ujarnya. = UTUSAN

No comments:

Post a Comment