My Add

Thursday 7 February 2013

UMNO pertahan Azizan hadir My Beautiful Malaysia

*AZIZAN Abdul Razak (dua dari kiri) berjalan beriringan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung ketika hadir pada pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat negeri Kedah di Taman Rekreasi Gunung Keriang, Alor Setar, Ahad lalu.

JERAI, RABU, 06 Februari, 2013: Meskipun berbeza fahaman politik, UMNO Kedah mempertahankan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyertai program Kerajaan Pusat baru-baru ini yang menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak dalam Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Azizan telah menunjukkan kematangannya dalam berpolitik kerana tahu memisahkan antara perkara yang melibatkan keuntungan negara dan politik.

"Ini politik matang. Orang yang menuduh beliau yang tidak matang. Azizan orang lama dan tahu perkara yang perlu ditolak atau diberi sokongan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment