My Add

Friday 8 February 2013

Wong Tuck biadab, tidak profesional

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Tindakan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan untuk membakar kilang nadir bumi, Lynas Corporation Sdn. Bhd. disifatkan sebagai biadab dan sangat tidak profesional.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, tindakan Wong Tuck itu bercanggah dengan perundangan negara yang sentiasa membuka ruang kepada perbincangan serta toleransi.

Katanya, sekiranya tidak setuju dengan pembinaan kilang itu, banyak lagi kaedah boleh digunakan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati seperti perbincangan dan menyerahkan memorandum.

"Kenyataan beliau sangat biadab. Isu alam sekitar bukan perkara baharu, telah wujud di negara ini sejak 1970 lagi, tetapi tidak ada sampai mahu membakar kilang. Betulkah beliau ini aktivis alam sekitar? - UTUSAN

No comments:

Post a Comment