My Add

Wednesday 6 February 2013

Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Pengerusi CPPCC

 *YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan bergambar dengan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik China (CPPCC), Jia Qinglin (enam, kiri) bersama anggota rombongannya semasa menerima menghadap mereka di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Februari, 2013: - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik China Jia Qinglin, di Istana Negara di sini.

Turut menyertai delegasi dari China itu ialah Duta China ke Malaysia, Datuk Chai Xi; Timbalan Menteri Luar China, Fu Ying; Timbalan Menteri Kewangan China, Chen Jian; Timbalan Menteri Kesihatan China, Zhang Mao; dan Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Parti Komunis China (CPC), Peng Qinghua.A

Majlis menghadap itu berlangsung kira-kira 10 minit.

Jia, yang dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia sehingga 7 Februari ini, sebelum itu bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan upacara pecah tanah projek Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Projek itu merupakan taman perindustrian pertama di Malaysia yang dimajukan secara bersama oleh Malaysia dan China, pada anggaran kos kasar pembangunan sebanyak RM1.5 bilion.

Cadangan penubuhan MCKIP dicetuskan sebagai tindak balas kepada Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia yang diberi status kebangsaan oleh Majlis Negara China.

MCKIP, terletak kira-kira 1,104 batu nautika ke Taman Perindustrian Qinzhou, China, dengan anggaran tiga hingga empat hari masa pelayaran dari MCKIP.

Semasa berada di Malaysia, Jia juga akan menandatangani Memorandum Persefahaman untuk menubuhkan kampus Universiti Xiamen di Malaysia di Salak Tinggi di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment