My Add

Tuesday 5 March 2013

2 ATM pecah RM456,000 lesap

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
PONTIAN, ISNIN, 04 Mac, 2013: Sekumpulan penjenayah bertindak memecahkan dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bangunan Tabung Haji, di sini sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM456,000 awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, kumpulan yang dipercayai terdiri daripada empat orang itu bertindak menutup kamera litar tertutup (CCTV) sebelum memecahkan dua daripada mesin ATM.

"Mereka memotong mesin ATM berkenaan berdasarkan kepada kesan habuk besi yang dijumpai dan siasatan awal mendapati kumpulan ini terdiri daripada empat orang atau lebih berdasarkan kesan cap jari.

"Selain itu kumpulan ini juga meletakkan sebuah lori berhampiran CCTV di premis berkenaan bagi mengelak identiti dan bilangan mereka diketahui," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment