My Add

Tuesday 26 March 2013

6 maut, 18 dilaporkan hilang tanah runtuh di Indonesia

JAKARTA, ISNIN, 25 Mac, 2013:: Enam orang terkorban dan 18 lagi dilaporkan hilang selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di sini hari ini, kata pegawai bencana alam.

"Hujan lebat awal pagi ini di daerah Bandung Barat menyebabkan kejadian tanah runtuh," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho.

Katanya, enam orang ditemui mati dan 18 lagi masih tertimbus manakala sembilan kediaman musnah dalam kejadian berkenaan.

Banjir dan tanah runtuh adalah biasa di Indonesia yang kerap berpunca akibat hujan lebat. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment