My Add

Sunday 3 March 2013

Anwar guna rambut palsu - Nallakaruppan

KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Mac, 2013: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan rambut palsu bagi menyembunyikan identiti sebenarnya semasa melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral beliau.

Bekas rakan karibnya, Senator Datuk S. Nallakaruppan mendakwa, Anwar berbuat demikian kerana takut kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Saya telah membantu Anwar banyak kali termasuk memandu beliau ke Tivoli Villa dan Kenny Hill's Apartment bagi membolehkan beliau melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Anwar juga menggunakan nama-nama palsu seperti Yusof, Mohktar dan Yunus untuk melindungi identiti sebenar beliau," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Nallakaruppan, rambut palsu yang dibeli di Chennai, India itu sebelum ini selalu disimpan di dalam bonet keretanya dan kini berada di tangan pihak polis untuk dijadikan bukti.

Katanya, pada tahun 1998, rambut palsu itu telah dirampas pasukan polis diketuai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menyerbu rumahnya di Bukit Damansara.

Apa yang mengejutkan, pasukan polis mengetahui berhubung rambut palsu tersebut tanpa perlu saya memberitahu mereka," ujarnya.

Pada 26 Mac 2012, Anwar telah memfailkan saman fitnah ekoran petikan ringkas yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac tahun sama di muka hadapan bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla' dan berita penuh di muka surat enam bertajuk 'Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual'

Anwar mendakwa, perkataan tersebut tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menjejaskan reputasi peribadi, politik dan kedudukannya selain terpaksa menanggung malu.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei tahun yang sama menyenaraikan kira-kira 10 orang saksi merangkumi wanita dan lelaki bagi membuktikan dakwaannya berhubung kegiatan seks bekas rakan baiknya itu.

Dalam pada itu, Nallakaruppan berkata, beliau akan terus komited dalam mendedahkan sisi-sisi gelap Anwar terutama berhubung masalah moral Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu demi pengetahuan rakyat.

"Saya sebagai sahabat baik menemani Anwar dalam setiap aktivitinya dahulu, saya mengetahui keperibadian beliau, justeru saya akan membongkarnya satu demi satu," jelasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment