My Add

Sunday 3 March 2013

Hamad Kama terima Anugerah Pemimpin Berwawasan Global

 *HAMAD Kama Piah Che Othman (tengah) bersama anugerah yang dimenangi sambil diapit oleh Shahul Hameed Dawood dan Arthur F.Carmazzi (kanan) di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Mac, 2013: Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dipilih sebagai penerima Anugerah Pemimpin Berwawasan Global 2013 sempena Anugerah Kepimpinan Global semalam.

Hamad Kama Piah dipilih menerima anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap ketokohan dan kepimpinan beliau menerajui syarikat pengurusan pelaburan terkemuka negara selain sumbangan besar dalam bidang pelaburan, perancangan kewangan dan tanggungjawab sosial korporat.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha Persatuan Pembangunan Kepimpinan Amerika (ALDA), Arthur F. Carmazzi dalam majlis anjuran majalah The Leaders International. - UTUSAN 
 

No comments:

Post a Comment