My Add

Friday 8 March 2013

Anwar tukar pendirian sedia sokong operasi Lynas

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sikap seperti 'sesumpah' selepas menyatakan kesediaan membenarkan operasi kilang nadir bumi, Lynas Corporation Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Bercakap kepada portal berita The Sydney Morning Herald (SMH), Anwar memberitahu, beliau bersedia menyokong operasi kilang itu sekiranya siasatan awam baharu mengesahkan operasi kilang tersebut benar-benar selamat.

Kenyataan Ketua Pembangkang itu berbeza dengan ucapan beliau dalam Himpunan Hijau membantah Lynas di Kuantan, tahun lalu, yang mana beliau memberi jaminan kepada penyokongnya pakatan pembangkang akan menghentikan operasi kilang berkenaan.

Malah, jaminan itu turut dimasukkan dalam manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment