My Add

Thursday 7 March 2013

Badan budak dipenuhi bulu


 *ABDUL Manan Ismail (kiri) melihat Keisha Syahinda Khairul Anuar yang
badannya dipenuhi bulu di Felda Bukit Goh, semalam.

KUANTAN, RABU/ 06 Mac, 2013: Ibu mana yang tidak berasa sedih dan menahan pilu apabila terpaksa 'mengurung' anak sendiri di dalam rumah.

Namun itulah yang harus dihadapi Suhaini Ismail, 30, dari Felda Bukit Goh, di sini apabila anaknya, Keisha Syahinda Khairul Anuar, menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan muka dan badannya dipenuhi bulu seakan-akan monyet.

Menurut ibu muda ini, dia terpaksa 'mengurung' anaknya di dalam rumah kerana tidak mahu menjadi bahan ketawa penduduk selain menggelakkan daripada dijangkiti penyakit.

"Saya tidak berniat untuk berbuat demikian tetapi anak saya perlu berada dalam rumah setiap masa bagi mengelak dijangkiti penyakit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment