My Add

Tuesday 12 March 2013

Bekas ahli DAP kritik kepemimpinan parti

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Mac, 2013: Sikap acuh tidak acuh DAP berkenaan dakwaan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran yang menggambarkan ada pemimpin parti di negeri itu terlibat dalam kegiatan rasuah terus dikritik hebat ahlinya.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, sebagai sebuah parti kononnya bersih dan demokrasi, pemimpin tertinggi sepatutnya tampil memberi penjelasan sejurus dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu.

"Kenapa sampai sekarang tiada penjelasan daripada mereka, jangan 'bersembunyi diri' kerana rakyat juga hendak tahu kebenaran.

"Kalau ada tuduhan melibatkan pemimpin kerajaan, pemimpin daripada parti tersebut lantang bersuara dan apabila terkena balik, mereka berdiam diri pula," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment