My Add

Monday 18 March 2013

BTN bukan ejen perkauman

 *SEBAHAGIAN peserta tidak ketinggalan mendapatkan naskhah buku Cuit:
 Dilema Melayu Moden di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi
Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM, AHAD, 17 Mac, 2013: Biro Tatanegara (BTN) menyanggah sikap pembangkang yang berterusan memfitnah agensi itu sebagai ejen perkauman serta 'batu api' dalam membentuk kebencian masyarakat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Raja Arif Raja Ali berkata, fitnah serta dakwaan sedemikian adalah tidak benar kerana BTN sebenarnya bertanggungjawab menyatupadukan kaum, selain menyemai semangat patriotisme.

Tegasnya, malah BTN sejak dahulu tidak pernah mengajak mana-mana kaum saling benci-membenci antara satu sama lain.

''Dalam Parlimen, pembangkang kata kita 'batu api' semai semangat perkauman. Itu tak benar. Sebabnya mereka tak pergi kursus BTN sekarang ini. BTN pun sudah transformasi. Kini pendekatan kita sudah berubah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment