My Add

Monday 11 March 2013

Dadah RM800,000 dirampas, 2 rakyat asing ditahan

*MAT Jusoh Botok (tengah) memeriksa dadah ketamin yang ditemui di dalam beg dua warga asing di Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Panji Alam, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU, AHAD, 10 Mac, 2013: Percubaan dua warga asing untuk menyeludup masuk dadah jenis ketamin bernilai lebih RM800,000 menerusi Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berjaya digagalkan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri pada Selasa lalu.

Dadah dianggarkan melebihi 10 kilogram (kg) itu berjaya dikesan hasil pemantauan ke atas dua individu berbeza yang difahamkan dari Chennai, India dan menaiki pesawat sama pada hari berkenaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri, Mat Jusoh Botok berkata, kes pertama melibatkan seorang wanita berusia 52 tahun yang baru tiba dari Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat awam. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment