My Add

Thursday 14 March 2013

Dalang pengganas Sulu dikenal pasti

 *HISHAMMUDDIN Tun Hussein (tengah) berbual dengan penduduk ketika
 melawat Kampung Senallang Lama, Semporna, Sabah semalam.

SEMPORNA, RABU, 13 Mac, 2013: Dalang-dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu yang bertujuan menggugat keamanan dan kedaulatan negara telah dikenal pasti dan tindakan susulan bakal dikenakan terhadap mereka, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tegas beliau, kerajaan akan memerangi habis-habisan sebarang elemen jahat yang hendak mengancam keselamatan rakyat negara ini.

"Saya hendak mengesahkan bahawa insiden yang berlaku di Semporna ada kaitan dengan pengganas Sulu di Lahad Datu. Kita tahu ada pihak cuba eksploitasi pencerobohan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Senallang Lama di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment