My Add

Thursday 14 March 2013

Pengganas sifatkan mayat anggota keselamatan sebagai bangkai

SEMPORNA, RABU, 13 Mac, 2013: "Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka."

Itu adalah antara kata-kata penuh penghinaan dan biadab pengganas Sulu selepas membunuh anggota keselamatan negara dalam serangan hendap di Kampung Simunul, di sini 2 Mac lalu.

Percakapan pengganas Sulu itu didengari dengan jelas anggota pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam misi membantu barisan hadapan yang terkorban.

Menceritakan lebih lanjut, anggota pasukan keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mendengar dengan jelas percakapan pengganas Sulu itu dari rumah persembunyian mereka kononnya untuk menggerunkan pasukan keselamatan negara dan meraikan 'kejayaan' mereka.

Walau bagaimanapun, katanya, dalam usaha menyelamatkan anggota keselamatan itu beberapa das tembakan dilepaskan pengganas Sulu menyebabkan dia dan anggota keselamatan lain mencari perlindungan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment