My Add

Tuesday 5 March 2013

DAP enggan pilih semula

Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, ISNIN 04 Mac, 2013: DAP enggan mengadakan pemilihan semula untuk Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) walaupun timbul suara daripada ahlinya yang mahu parti itu berbuat demikian.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook sebaliknya menegaskan pemilihan yang diadakan pada akhir tahun lalu sebagai sah dan telah diaudit oleh juruaudit bebas.

''Tidak ada desakan (untuk melakukan pemilihan semula), hanya ada dua, tiga orang yang menghantar memorandum kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan mahu pemilihan semula diadakan," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan maklumat tambahan mengenai pemilihan parti seperti yang diminta ROS di ibu pejabat jabatan itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment