My Add

Tuesday 26 March 2013

DAP kena minta izin Pas dulu mahu gguna lambang parti kami - Harun Taib

KUALA TERENGGANU, AHAD, 24 Mac, 2013: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) menegaskan DAP perlu meminta izin Pas terlebih dahulu jika calon parti itu termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang mahu menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau berkata, DAP juga dikehendaki mendapatkan keizinan daripada PKR sekiranya berhasrat melakukan perkara yang sama.

"Sebenarnya, mereka bebas nak guna lambang Pas atau pun PKR bagi menghadapi PRU-13 tak lama lagi. Itu dia punya pasal.

"Tetapi, mereka kena minta izin kita (Pas) terlebih dahulu dan DAP juga kena minta izin PKR jika ingin menggunakan lambang parti itu (PKR)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Kit Siang bertanding di bawah lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran DAP itu ekoran kesilapan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Semalam, bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa supaya Ros mengenakan tindakan ke atas DAP kerana kegagalannya mengadakan semula pemilihan CEC selepas berlaku kesilapan dalam pengiraan undi.

Harun seterusnya berkata, Pas bagaimanapun tidak menghadapi masalah sekiranya calon-calon DAP termasuk Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang Pas jika ROS membatalkan parti itu sebelum pilihan raya ini.

Malah, kata Harun, Pas sangat mengalu-alukan jika ada calon DAP, tidak terkecuali Kit Siang sendiri yang berhasrat menjadi ahli Pas.

"Bukan setakat mereka (calon DAP) nak bertanding pada pilihan raya umum tak lama lagi atas tiket Pas atau PKR (Parti Keadilan Rakyat), malah kalau mereka nak masuk Pas atau jadi ahli Pas sekali pun, kita terima.

"Kita tidak ada masalah, terpulang kepada mereka dan mereka bebas berbuat demikian kerana kita adalah dalam satu pakatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment