My Add

Wednesday 20 March 2013

DAP persenda manifesto sendiri

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
PULAU PINANG, SELASA, 19 Mac, 2013: Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah mempersendakan manifesto mereka sendiri apabila projek terowong dasar laut yang ingin dibangunkan bakal dikenakan tol.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus, Rowena Yam berkata, perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat negeri itu kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini lantang mahu memansuhkan tol sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tegasnya, jika benar pembangkang mahu memansuhkan tol di seluruh negara, mengapa tidak dimulakan di negeri itu melalui projek yang mereka sendiri lancarkan.

"Selepas lima tahun mentadbir negeri ini, Tol Sungai Nyior sendiri masih tidak dimansuhkan, kini tampil pula terowong bertol. Jelas mereka sendiri membelakangkan manifesto yang selama ini dilaung-luangkan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment