My Add

Tuesday 26 March 2013

DAP tidak bertindak selari CAT?

PULAU PINANG, ISNIN, 25 Mac, 2013: Kelantangan Kerajaan DAP Pulau Pinang melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) hanya sebagai pemanis mulut untuk menarik perhatian rakyat kerana hakikatnya, prinsip itu tidak diamalkan sepenuhnya oleh kepimpinan kerajaan negeri itu.

Menurut Ketua Pemuda MIC negeri, J. Dhinagaran, buktinya ialah apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng langsung tidak mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan menerima rasuah daripada seorang peniaga wanita.

Tegasnya, seandainya Guan Eng seorang yang antirasuah dan telus dalam pentadbirannya, mengapa dakwaan berkenaan dibiarkan tanpa sebarang tindakan susulan biarpun telah didedahkan tiga bulan lalu.

“Saya ada bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan ahli majlis MPPP terlibat menerima rasuah.

“Saya sendiri telah mengadakan sidang akhbar berhubung isu ini pada Januari lalu dan sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil seperti melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Januari lalu, Dhinagaran mendedahkan mengenai pembabitan seorang ahli Majlis MPPP yang didakwa menerima rasuah daripada seorang peniaga selepas didatangi wanita berkenaan yang memaklumkan terpaksa membayar sebanyak RM25,000 bagi menyelesaikan masalah lesen perniagaannya.

Dhinagaran dalam pada itu menambah, kemungkinan selepas ini beliau sendiri akan membuat laporan terhadap dakwaan berkenaan kepada SPRM.

“Sepatutnya selepas kami dedahkan dahulu, Guan Eng segera mengambil tindakan tetapi sehingga hari ini beliau seolah-olah berdiam diri.

“Malah ‘singa-singa’ DAP yang selama ini begitu lantang bersuara apabila timbul isu rasuah membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga senyap," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment